Perjalanan MyDesa mencerminkan kepercayaan yang diberikan oleh media, institusi pendidikan, agensi strategik dan rakan kerjasama dalam usaha membolehkan masyarakat saling membantu.
Perjalanan MyDesa turut mendapat perhatian media tempatan yang mengetengahkan inovasi sosial, pembangunan komuniti dan keusahawanan sosial.
Lembaga Zakat Selangor mengetengahkan usaha AKLA dalam membuka peluang ekonomi kepada golongan asnaf melalui pendekatan teknologi dan keusahawanan sosial.
MyDesa mendapat perhatian apabila pengasasnya menjadi rakyat Malaysia pertama dicalonkan bagi Anugerah Beta Gamma Sigma atas sumbangan dalam inovasi sosial.